Ditelan mati emak, diluahkan mati bapa.
Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
Orang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Orang yang pandai akan melakukan kesalahan sesekali.
Kalah jadi abu, menang jadi arang
Kedua-dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung kerugian tidak kira siapa yang menang atau siapa yang kalah.
Harapkan pagar, pagar makan padi
Percaya akan orang yang mengkhianati kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan