Rabu, 17 Oktober 2012

maaf


KATA GANDA



KATA SENDI

KATA SENDI NAMA
  1. Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.
  2. Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
  3. Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.
  4. Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.
PENGGUNAAN KATA SENDI

KATA SENDI
PENGGUNAANNYA
AYAT CONTOH
di
·         Digunakan untuk tempat.·         Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
1. Pertandingan itu diadakan di Taiping.
2. Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.
ke
·         Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa.·         Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.·         Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang.
1. Mereka akan ke Ipoh esok.
2. Din menunggu Siha dari pagi hingga ke  petang.
3. Pinggan itu dihempaskannya ke lantai.
4. Cik Bedah ke surau.
dari
·         Digunakan untuk tempat, arah atau masa.
1. Bola itu ditendang dari penjuru padang.
2. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi.
3. Ely datang dari Kelantan.
daripada
·         Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
1. Surat itu saya terima daripada Yatie.
2. Pensel ini lebih panjang daripada pensel itu.
3. Ukiran itu diperbuat daripada perak.
4. Kami memperoleh manfaat daripada 5. Yang dikatakannya berbeza daripada      yang diamalkan.
6. Kumpulan perompak senjata api itu terdiri   daripada enam belas orang anggota.
Kepada/ akan/terhadap
Digunakan selepas kata  adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap.
1. Devi suka akan rambutan.
2. Hanim amat sayang akan/kepada ibunya.
3. Kita mesti hormat akan/kepada/terhadap  ibu bapa.

bagi/untuk
·         Digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain.
1. Derma untuk / bagi mangsa banjir sedang      dipungut.
2. Hadiah ini untukmu.

pada
·         Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
1. Peah tiba pada pukul lapan malam.
2. Tiket bas itu ada pada Hanim.
3. Pada pendapat saya, cerita itu benar.

demi
·         Digunakan dihadapan jkata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan
1.Rakyat Malaysia mesti bersatu demi    kesejahteraan negara. 
2. Demi kepentingan bersama, marilah kita    berdamai.

 tentang
·         Digunakan untuk menyatakan makna berkenaan dengan
1. Menteri-menteri itu berbincang tentang     masalah negara.

seperti/
umpama/
laksanabagai
·         Digunakan untuk membawa maksud perbandingan atau makna persamaan dengan yang lain.
1.Pemuda itu berlagak seperti/ umpama/ laksana/bagai  orang berada.
2. Suaranya merdu  seperti/umpama/    laksana/bagai  buluh perindu.

dengan
·         Digunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat.
1. Izzat bermain dengan Hazwan.
2 Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.
3. Nani belajar dengan tekun.
4. Nora menulis dengan pensel.

sejak/semenjak
·         Digunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa.
1. Milah sentiasa gembira sejak/semenjak
    suaminya pulang dari perantauan.

oleh
·         Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-
1. Kuih ini dibuat oleh Nadiah.
2. Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh
    kata-kata ketua mereka.

hingga/
sampai
·         Digunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu.
1. Anggota-anggota polis berkawal hingga/    sampai  larut malam.
2. Midah belajar hingga/sampai peringkat    universiti.

dalam/
antara
Digunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
1. Dalam hal ini, kita semua setuju.
2. Mereka berbincang antara adik- beradik



Khamis, 11 Oktober 2012

JENIS-JENIS KARANGAN & CONTOH


a) Karangan Jenis Bergambar

Karangan Bergambar Tunggal
Karangan Bergambar Bersiri
ü  Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan gambar yang telah disediakan.
ü  Setiap gambar perlu dipastikan bila , di mana dan waktu supaya penulisan lebih jelas 
ü  Teliti seluruh gambar dengan mendalam. Pastikan apa yang berlaku, apa yang dikerjakan, dan suasana.
ü  Sewaktu menulis , pastikan diri terlibat di dalam di dalam gambar, bukan sebagai pencerita dari luar atau dijadikan karangan penerangan. 
ü  Ceritakan peristiwa yang ada di dalam gambar tersebut dalam bentuk karangan. 

ü Karangan hendak berpandukan gambar-gambar yang telah disediakan.
ü Sebaik-baiknya jadikan diri kamu terlibat sama dengan cerita yang hendak ditulis. 
ü Setiap perenggan berdasarkan sekeping gambar . 
ü Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan peristiwa -peristiwa yang terdapat di dalam gambar-gambar tersebut mengikut urutan atau susunan. 
ü Boleh menyertakan tajuk , tetapi tidak menjadi kemestian.
 

b) Karangan Jenis Autobiografi

ü  Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai sesuatu benda secara terperinci.
ü  Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir. 
ü  boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana 
ü  Aturan membina karangan
o    tempat asal - nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan - dibungkus
o    perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran  - di mana dipamerkan  - bertukar milik
o    proses penggunaan dengan tuan baru  - akhir hayat
o    perasaan  - sedih atau gembira
ü  boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.
ü  paparkan nilai-nilai murni

Contoh:

"Aku Sebuah Basikal"

Perenggan
Cadangan Isi
Pengenalan
v  berasal dari Jepun
v  dibuat di sebuah kilang besi waja 
v  terdiri daripada besi waja, getah dan plastik
Kedua
v  disebut basikal
v  jenis atau jenama
v  dipamerkan
v  berasa sungguh gembira
Ketiga
v  menaiki sebuah kapal dagang
v  berasa sungguh bangga
Keempat
v  nasib malang
v  kapal karam
v  dijumpai oleh penyelam
v  dijual sebagai besi buruk
Penutup
v  menjadi bahan terbuang
v  kesal kerana tidak dapat berbakti

     Aku berasal dari  ’Negara Matahari Terbit “ atau lebih dikenali sebagai “JEPUN”. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan plastik. 
Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. “Mountain Bike” begitulah gelaran kawan-kawanku kepadaku. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikan dan kehebatanku.. 
Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui  perbualan dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku merasa semakin bangga.
Namun, nasib kami sungguh malang . Kapal yang membawa kami ke Malaysia tiba-tiba karam. Aku dan kawan -kawanku lemas. Tiada seorangpun yang datang menyelamatkanku. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku yang cantik dan bergaya sudah berkarat dan tidak dapat diselamatkan lagi.
        Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.  Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia


c) Karangan Jenis Biografi

ü  Karangan jenis ini mengisahkan perihal riwayat hidup orang lain dari mula hingga ke akhir antaranya: 
o    tokoh-tokoh sejarah
o    pemimpin tanahair
o    tokoh sukan
o    dan lain-lain
ü  Dalam menulis karangan jenis ini, aspek latar belakang, riwayat hidup, pendidikan, sumbangan, kejayaan dan jasa-jasa seseorang itu diambilkira sebagai isi karangan.
ü  Mestilah berdasarkan fakta yang benar dan bukan rekaan
ü  Anda harus tahu benar tentang watak yang hendak ditulis itu dari awal hingga ke akhir. 
ü  Beberapa perkara penting yang perlu ada dalam penulisan Biografi;
o    Tarikh lahir dan tempat lahir tokoh.
o    Latar belakang, pendidikan dan sebagainya.
o    Pencapaian, kejayaan-kejayaannya, atau keistimewaannya.
o    Jasa, bakti, dan sumbangan tokoh tersebut.


CONTOH:

Encik Zamsani Bin Sahari, Guru Besar sekolah saya. Beliau dilahirkan di Kampung Tandek, Kota Marudu, Sabah, pada tahun 1950. Encik Sabtu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tandek, kemudian di Sekolah Menengah Tandek.
Dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di Maktab Perguruan Kent, Tuaran. Beliau telah mengikuti kursus itu selama tiga tahun.
Beliau mula mengajar di beberapa buah sekolah di Kota Marudu dan Pitas. Antara sekolah tersebut ialah Sekolah Rendah Pekan Pitas, dan Sekolah Rendah Tarikpapan sebelum dilantik menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Pulau Pandan. Beliau juga pernah berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu, sebelum ditukarkan ke sekolah ini.
Walaupun baru dua tahun Encik Zamsani bertugas di sekolah ini, namun beliau yang mempunyai banyak pengalaman itu telah berjaya meningkatkan prestasi sekolah. Ini terbukti dengan peningkatan keputusan UPSR. Selain itu, kawasan sekolah saya kian cantik dan ceria dengan pelbagai pokok hiasan.
Encik Zamsani juga aktif dalam kegiatan kemasyarakatan. Beliau banyak menyertai pertubuhan-pertubuhan amal dan persatuan guru. Beliau yang tinggal di kampung tempat kelahirannya itu juga dilantik memegang pelbagai jawatan di peringkat kampung dan mukim.
Kami berasa bertuah kerana mempunyai seorang Guru Besar yang penyayang dan sentiasa memahami masalah pelajar-pelajarnya. Saya berdoa semoga Encik Zamsani sentiasa sihat dan kekal di sekolah ini sehingga bersara.

d) Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara
Dialog dan Perbualan
Wawancara dan Temu ramah
lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khaba r dan perbualan menerusi telefon
lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati , atau ingin tahu tahu sesuatu perkara
mempunyai tajuk  / topik yang utama
mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih 
sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan (PENDEK SAHAJA)
Format karangan ini:
ü  Nama watak ditulis selari di sebelah kiri 
ü  Selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih (  :  ) juga dalam keadaan selari 
contoh :
Nama A    :   Assalamualaikum, Puan.
Nama B    :   Waalaikummussalam
Nama A    :   Apa khabar Puan ?
Nama B    :
ü  Mulakan perbualan dengan salam sejahtera
ü  Menggunakan kata ganti nama diri yang sesua i. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan  ”Encik…, ”Tuan…, ataupun  ”Makcik…
ü  Pastikan anda tahu tentang perkara yang akan kita tulis untuk temuramah / dialog.
ü  boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti  ’tak“ , ’dah“
ü  Kemukakan soalan ringkas , tidak rumit dan berbelit -belit.
ü  Elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ”ya… atau ”tidak….
ü  Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan. 
ü  Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
ü  soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan
ü  Tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati -hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda Tanya (?)
ü  Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah
ü  kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan ) 

CONTOH:
Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan.Dalam pertandingan itu anda telah mendapat tempat kedua .Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan melayu. Anda ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya. Tulislah dialog  anda selengkapnya

( Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah ) 
Azman         : Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu. 
Siva            :Terima kasih. Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar -pelajar bukan Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu. 
Azman          : Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini.Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan lancar. Bagaimanakah cara kamu mempelajari Bahasa Melayu ? 
Siva            :Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku bahasa melayu yang bermutu. Di   samping itu,saya mempelajari tatabahasa dengan baik. Saya selalu membuka kamus untuk mempelajari ejaan dan makna kata -kata yang saya baca. Saya melatih diri saya menggunakan bahasa baku apabila membaca atau bercakap 
Azman          :Kalau begitu ,tidak hairanlah  saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar Melayu yang lain dalam pertandingan itu. Saya malu,Siva. 
Siva            : Mengapa ?
Azman         :Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu  adalah bahasa ibunda saya. Rupa -rupanya saya silap.
Siva             :Baguslah,Azman,kalau kamu sudah sedar. Sama-samalah kita belajar menguasai bahasa kebangsaan negara kita
Azman          : Ya,baiklah ,Siva...